Rabu, 2 November 2011

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 6

Contoh Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran:                    Sains
Kelas:                                     Tahun 6 Jujur
Tarikh:                                   11 Februari 2011
Masa:                                     11.35 pagi – 12.35 tgh (60 minit)
Bilangan murid:                   25 orang
Bidang pelajaran:                                Daya dan Gerakan
Objektif pembelajaran:       Menganalisis konsep daya

Hasil pembelajaran:           Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

                                A             Menguasai isi kandungan
a.       Menjelaskan dengan contoh kesan daya geseran dalam kehidupan harian
b.       Menyatakan kebaikan dan keburukan daya geseran dalam kehidupan
c.        Membuat kesimpulan kesan jenis permukaan ke atas gerakan objek

B             Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
a.       mereka bentuk dan menjalankan eksperimen dalam kumpulan untuk menentukan kesan jenis permukaan ke atas gerakan objek

C             Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
a.     melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan eksperimen berdasarkan prosedur yang dipersetujui dalam kumpulan
b.     menghargai masa dengan menjalankan eksperimen dengan pantas dan sentiasa menumpu kepada menjalankan tugasan tersebut
               
Konsep/prinsip/hukum/teori:
Daya geseran
a.       menghakis permukaan
b.       memperlahankan gerakan
c.        membantu gerakan
d.       dipengaruhi oleh jenis permukaan (kasar dan licin)

Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Blok kayu – 5 unit
Kacang hijau  – Beberapa biji
Minyak masak  – 1 botol
Beg plastik – 5 unit
                Kertas pasir – 5 unit
                Kereta mainan – 5 unit
                Surat khabar lama – 5 helai
                Pembaris – 5 batang
                Gelang getah – 5 unit
Nota di slaid PowerPoint

Langkah berjaga-jaga:
Elakkan minyak dan kacang hijau jatuh ke lantai kerana jika terpijak boleh menyebabkan jatuh.

Pengetahuan sedia ada:
Murid telah mempelajari daya wujud apabila ada tolakan dan tarikan dan daya boleh mengubah bentuk dan arah gerakan.  Murid juga mungkin mempunyai miskonsepsi bahawa daya dipunyai oleh sesuatu benda.

Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
Daya wujud akibat interaksi yang melibatkan tolakan dan tarikan dan boleh mengubah bentuk dan arah gerakan

Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal
Cungkil idea murid tentang kesan daya selain mengubah bentuk dan arah gerakan.
Murid memberi respon

Strategi/
Teknik:
Penyoalan seluruh kelas menggunakan Kartun Konsep
Menstruktur/ Menstruktur semula
(40 min)
Daya geseran
a.menghakis permukaan
b. memperlahankan gerakan
c.membantu gerakan
d. dipengaruhi oleh jenis permukaan (kasar dan licin)

Mengutarakan satu persoalan utama:
Apakah kesan daya geseran ke atas objek?
Tanya hipotesis, reka bentuk eksperimen dan pembolehubah terlibat.

Debriefing
Taksir kefahaman secara lisan – Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, dikumpul dalam satu kumpulan dan diberi penerangan kumpulan kecil
Murid membuat hipotesis, beri cadangan reka bentuk eksperimen, menyatakan pembolehubah.
Murid menjalankan eksperimen bagi menjawab persoalan.

Aktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil
Strategi/
Teknik:
Aktiviti inkuiri dalam kumpulan

Sikap saintifik dan nilai murni:
Penglibatan aktif
Menghargai masa
Aplikasi Idea
(10 min)
1. Kesan tayar botak ketika di jalan raya 
2. Penggunaan roda bagi mengurangkan geseran

Tunjukkan masalah di slaid
(rujuk lampiran 1)


Pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulan
Pelajar membentangkan dapatan
Strategi:
Perbincangan kumpulan diikuti persembahan
Sumber pengajaran: slaid PP
Penutup
(5 min)
Daya geseran
a.menghakis permukaan
b. memperlahankan gerakan
c.membantu gerakan
d. dipengaruhi oleh jenis permukaan (kasar dan licin)

 Taksir kefahaman pelajar dengan memberi kuiz pendek. Tingkatkan keterujaan dengan mengadakan pertandingan antara kumpulan
Tunjukkan ringkasan idea utama di slaid.
Beri tugasan membaca untuk tajuk seterusnya iaitu pengawetan makanan dan 4 soalan menyelesai masalah dalam buku latihan.
Pelajar berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz dan membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea asal.
Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas

Sumber pengajaran: slaid PP



Refleksi selepas p & p: …………………………………………….................................................

Selasa, 1 November 2011

PERATURAN MAKMAL




PERATURAN MAKMAL SAINS
1.       Kebenaran guru handaklah diperolehi sebelum memasuki makmal sains
2.       Peralatan dan bahan sains dalam makmal sains tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru sains.
3.       Peralatan dan bajan sains hanya boleh digunakan atas arahan guru.
4.       Semua peralatan dan guru.
5.       Semua radas handaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
6.       Peralatan yang rosak atau pecah perlu dilaporkan dengan segera kepada guru.
7.       Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru.
8.       Murid dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabot supaya kemas dan teratur.
9.       Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api.
10.    Sebarang benda yang masih menyala atau berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah.
11.    Elakkan membuang sebarang sampah dalam bentuk pepejal ke dalam sinki. Sisa-sisa bahan sains hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan.
12.    Hanya buku dan peralatan belajar sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam akmal sains semasa pengajaran dan pembelajaran sains.
13.    Bahan dan alat dalam kit Pertolongan Kecemasan boleh digunakan dengan ebenaran dan pengawasan guru.
14.    Murid dilarang bermain-main dan berlari-lari di dalam makmal sains.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA

1.       Baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu adalah betul.
2.       Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja semasa menjalankan amali.
3.       Gunakan spatula sahaja untuk mengambil bahan kimia pepejal.
4.       Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup dengan segera selepas digunakan.
5.       Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia kerana bahan kimia adalah beracun dan mengkakis.

PENGGUNAAN BAHAN BIOLOGI

1.       Spesimen biologi  jenis bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke habitatnya.
2.       Specimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpulkan dan ditanam.
3.       Jangan buka piring petri yang mengandungi  kultur mikrooganisma.
4.       Jika piring petri yang mengandungi mikro organism retak atau pecah, ianya hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.

PERINGATAN
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kejadian yang tidak diingini sekiranya seseorang murid itu tidak mematuhi peraturan yang tersebut di atas.
 
 



               
--------------------------------------                                                                             ----------------------------------------

Mari Belajar Sains

Salam 1 Malaysia,

Sains adalah subjek yang sangat menyeronokkan. Banyak ilmu pengetahuan tentang keadaan sekeliling kita dapat diperoleh dan diteroka dengan kaedah sains yang menyeronokkan. Mencari jawapan tentang rahsia alam dengan menggunakan kaedah sains yang selari dengan konsep amat menyeronokkan dan menjana minda.